sTATISTIK

Jumlah Permohonan Zakat
2016- 2026

Jumlah Permohonan Berjaya
2016 – 2026

2016- 2026

2016 – 2026












Tabung Amanah ZAKAT PSAS
Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat Politeknik Sultan Azlan Shah ditubuhkan hasil dari NoU antara PSAS dengan Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) pada tahun 2012. Rentetan dari perjanjian ini, TAZPSAS dilantik sebagai satu jawatankuasa yang bertanggungjawab menguruskan kutipan zakat di kalangan staf PSAS yang boleh dijalankan melalui potongan gaji bulanan dengan persetujuan kakitangan yang terlibat atau dengan cara-cara lain yang dibenarkan oleh MAIPk. Seterusnya, menguruskan pengagihan zakat kepada penerima zakat yang layak daripada asnaf-asnaf Miskin, Ghorimin dan Fisabilillah di PSAS.
Jawatankuasa TAZPSAS berperanan menjalankan semua bidang kuasanya sepertimana yang telah diperuntukan iaitu:
1. Mengurus dana agihan zakat mengikut tatacara pengurusan agihan yang telah ditetapkan.
2. Memastikan keberkesanan pengurusan agihan yang dirancang dan dijalankan.
3. Merancang jenis bantuan, kadar bantuan, aktiviti dan program yang komprehensif kepada penerima.
TAZPSAS (Tabung Amanah Zakat Politeknik Sultan Azlan Shah) merupakan tabung yang menguruskan agihan bantuan zakat kepada pelajar PSAS yang layak mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem eZ-TAZ dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan memuat naik dokumen sokongan ya
Ya, Pemohon masih perlu mengemukakan surat pengesahan tiada pendapatan ibu yang disahkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung atau pegawai kerajaan yang berkaitan (Pendapatan = RM0.00)
Tempoh pemprosesan bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima dan proses semakan dokumen. Pemohon disarankan untuk sentiasa menyemak status permohonan dalam sistem.
Permohonan terbuka kepada pelajar PSAS yang Beragama Islam, Berstatus pelajar aktif (Termasuk pelajar Latihan Industri) Tergolong dalam kategori asnaf yang layak DAN Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak TAZPSAS.
Pemohon boleh mengemukakan surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga yang disahkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung atau pegawai kerajaan yang berkaitan.
Pemohon tidak boleh mengemaskini permohonan yang telah dihantar. Sekiranya terdapat kesilapan atau perubahan maklumat, sila hubungi pihak TAZPSAS untuk tindakan lanjut.
Kelulusan bantuan adalah tertakluk kepada penilaian kelayakan dan peruntukan dana zakat yang tersedia.